Wakaf

Diwujudkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mendapatkan dana tunai daripada pewakaf bagi tujuan pendidikan dan pembangunan modal insan. Dana terkumpul akan dibuat pelaburan dan hanya hasil pelaburan akan digunakan untuk manfaat dan faedah pelajar termasuklah bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan terutamanya daripada golongan B40, penyediaan kemudahan fasiliti pelajar di pusat pengajian atau Inapan Siswa. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajar merangkumi bantuan peralatan pendidikan kepada pelajar dan membiayai aktiviti pembangunan pelajar.
Sumbangan pewakaf amat dialu-alukan.